
Anak demam? Ibu mana yang tidak runsing bila anak tiba-tiba demam. Tapi, ibu jangan panik bila berhadapan dengan situasi ini. Boleh rujuk langkah demi langkah ini apa yang perlu dilakukan untuk melegakan panas badan anak.
Suhu badan normal adalah 37°C dan seseorang boleh dianggap demam jika suhu badan melebihi 37°C. Demam biasa apabila suhu meningkat lebih daripada 37°C tetapi tidak melebihi 38°C dan biasanya akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja. Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 38°C dan akan berlarutan lebih lama. Selalunya ia disertai dengan simptom-simptom lain seperti selesema dan batuk.
Demam berlaku jika terdapat jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem pertahanan badan.
Jika suhu badan terlalu tinggi, serangan sawan mungkin berlaku. Kanak-kanak yang mendapat sawan berpanjangan dalam tempoh lebih 30 minit, mungkin boleh mengalami kerosakan otak kekal. Sawan demam ini mungkin berlaku ketika suhu sedang naik atau sedang menurun.
Ketika dalam tempoh demam dan anak tidak mahu menyusu, makan atau minum segeralah berjumpa doktor untuk mengelak badannya menjadi lemah.
7 Langkah Wajib Dibuat Bila Merawat Anak Yang Demam
-
Anak akan menangis bila badannya agak panas. Ibu perlu alert dengan tanda ini. Segera periksa suhu badannya sama ada menggunakan termometer raksa atau digital. Boleh juga gunakan termometer elektronik yang dimasukkan dalam lubang telinga. Jika suhu badan anak melebihi 37°C dia dianggap demam.
-
Tanggalkan bajunya untuk menyejukkan badan dengan tuala basah. Pakaikan anak dengan pakaian nipis selepas mengelapnya. Pastikan bilik tidak terlalu panas kerana bilik yang panas boleh menyebabkan suhu badan bayi naik mendadak.
-
Berikan ubat demam yang telah disarankan doktor. Jika demam berlarutan selepas tiga hari, bawa anak berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Untuk bayi yang berumur bawah setahun, terutamanya 6 bulan ke bawah dan mengalami demam segera bawa berjumpa doktor. Ikuti arahan doktor dengan memberikan ubat secara konsisten sehingga suhu badan anak kembali stabil. Berikan ubat demam setiap enam jam sehingga suhu turun sedikit.

-
Lap badan anak dengan tuala basah menggunakan air bersih yang sejuk. Lakukan pada bahagian dahi dan berulang kali untuk menyejukkan kepalanya.
-
Selepas itu, lap badan anak pada bahagian belakang badan dan sekitar leher, telinga. Lakukannya berulang kali untuk menurunkan suhu badan anak dengan mengelap tuala muka basah ke seluruh badan. Hopefully, suhu badan anak akan menurun.
-
Bahagian bawah ketiak juga perlu di lap berulang kali dengan tuala basah kerana bahagian ini udara terperap. Lakukan di kedua-dua bahagian.
-
Akhir sekali, lap pada bahagian bawah kedua tapak kaki anak. Lakukan ini secara berulang-kali.

Mommy to Sora Estafania, Tito Bravo and Emico Bendervat. Part-time Parenting & Lifestyle Blogger. Shaklee Mentor - Founder of #VivaciousTeam, #TicerSlim and Lifelong learner.