
Bahaya Diet Yoyo Yang Mesti Anda Tahu!
Mula berdiet?
Apabila anda memutuskan untuk berdiet, jangan sampai tersalah langkah. Pilihlah jenis diet yang sesuai dengan kemampuan tubuh anda.
Pernah dengar diet yoyo?
Apa itu Diet Yoyo?
Diet yoyo adalah apabila seseorang itu berjaya menurunkan berat badan selepas berdiet tetapi tidak mampu mengekalkan keadaan tersebut.
Berat badan yang turun naik ini biasanya terjadi kepada mereka yang berusaha untuk kurus dan akhirnya patah semangat.
Sebab itulah, ramai antara kita yang gagal dalam usaha untuk mendapatkan berat badan ideal.
Pernah anda mendengar rakan-rakan mengeluh yang mereka sudah berjaya menurunkan berat tetapi naik kembali apabila makan tanpa kawalan?
So like me
Diet yoyo ini umpama mainan yoyo yang berputar ke atas dan ke bawah. Ini bermakna seseorang akan menurunkan berat badan sesingkat mungkin untuk mencapai berat badan sasaran.
Apa yang sering dilakukan adalah diet ekstrem, berpuasa dan tidak mengambil makanan berat atau skip pengambilan makanan.
Bahaya Akibat Diet Yoyo:
Hilang nutrisi penting
Kalori hilang secara ekstrem dan menghadkan pengambilan makanan boleh menyebabkan berat badan bertambah. Inilah yang membuatkan anda stres dengan turun naik berat badan, tidak menentu.
Kurang otot
Diet yoyo ini berisiko menyebabkan kekurangan otot kerana kurang kalori yang dibakar. Gantilah dengan pola pemakanan seimbang, senaman yang teratur dan rehat yang secukupnya.
Metabolisme lambat
Ketika anda melakukan diet yoyo, metabolisme badan berjalan seperti biasa. Tetapi, berat badan mungkin naik kembali apabila anda makan secara normal semula.
Merasa tertekan
Anda merasa tertekan kerana menghadkan makanan kegemaran anda.
Bila anda mula rasa tertekan, akhirnya diet pun gagal.

5 Penyebab Diet Gagal
-
Diet Terlalu Ketat
Ini berlaku kerana anda cepat tergoda dengan makanan yang menjadi pantang utama dalam diet.
-
Tidak Sabar
Anda terlalu ingin melihat hasil dari program diet yang anda lakukan sehingga anda cepat berputus asa kerana berat badan tidak turun seperti yang disangkakan.
-
Proses Metabolisme Lambat
Sejarah diet yoyo yang anda lakukan mungkin menyukarkan anda menurunkan berat badan. Ini berlaku kerana badan anda membakar kalori lebih sedikit tetapi lemak menimbun ketika anda mengambil makanan terlalu banyak.
-
Diet Hanya Gaya Hidup Sementara
Bila anda berjaya menurunkan berat badan semasa berdiet, anda tidak mengekalkan gaya hidup tersebut. Sebaliknya, anda kembali kepada kebiasaan.
-
Cepat Putus Asa
Bila anda melihat makanan kegemaran, anda terus berputus asa untuk berdiet. Keadaan itulah yang menyebabkan diet anda gagal.
Kesimpulannya, amalkan gaya hidup sihat agar dapat mengekalkan berat badan dan bentuk tubuh idaman.


8 Comments
EMMA FRANCISCA LUIS
Begini la sy mula2 belajar diet back 2013. Sandi.. kejap turun kejap naik..tpi kan..sy suggest tu set shaklee yg cinch tu. Sejak amalkan tu, even lepas bersalin sy tdk cpt naik berat padร hal sy ni jenis cpt nail berat tau.
Nija
Saya pernah ni merasa yo-yo diet
Mula2 happy kurus sikit sekali naik dia kali Ganda bah ๐ซ
Nija recently posted…Shaklee Collagen Powder
FATIMAHWATI HAMZAH
Nak berdiet kenalah bersungguh2. Jgn diet yoyo je. Nak kurus dan sihat utk tempoh yg berpanjangan kan.
FATIMAHWATI HAMZAH recently posted…KAWAL NAFSU MAKAN DENGAN OMEGA GUARD
Alezra Alez
sy pun dlu mcmni jg yoyo diet, bila stop jak sana la naik berkilo2๐ ๐ .. tq tipsnya ar.. skrg ni on diet sdh road to 50kg.. ๐ช๐ป
Ratna
Mesti mau konsisten ni kan. Barulah kurus sihat hihi
falinah
Nice sharing.tq
Sharren Kaur
Sia pun turun tru xpandai maintain lg..
Aya Chalo
Tu sebab kena buat slow and steady kan. Btw, good info!