-
5 Jenis Makanan Yang Boleh Membantu Cegah Rambut Gugur, Elak Botak!
Banyak rambut gugur? Oh, tidak! Masalah rambut gugur ini sering dialami oleh wanita dan lelaki tanpa mengenal usia, tua atau muda. Risau nampak helaian rambut yang banyak berguguran dilantai atau di bantal. Lebih menakutkan jika rambut atas kepala semakin nipis dan jarang. Apa petua elak rambut gugur ni? Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah rambut gugur ini seperti tekanan atau stress, penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia berlebihan, perubahan hormon, faktor genetik, folikel rambut tersekat dan kekurangan zat dan vitamin. Tahukah anda? Cara untuk mendapatkan rambut yang sihat dan kuat bergantung dengan diet pemakanan seharian. Pengambilan sumber makanan yang pelbagai boleh membantu menguatkan akar dan struktur rambut agar rambut…