-
Simptom Dan Cara Mencegah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di kalangan kanak-kanak semakin serius malah jumlah kanak-kanak yang menghidap penyakit ini juga bertambah. Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Apakah simptom-simptom HFMD? Demam : Hanya bermula dengan demam ringan Hilang selera makan. Ruam dan melepuh di bahagian tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung selepas 1-2 hari demam bermula. Bintik-bintik merah mula kelihatan Ulser di dalam mulut, bahagian lidah dan tekak. Kebiasanya gejala HFMD mula kelihatan selepas 3 hingga 7 hari seseorang terdedah kepada jangkitan. Adakah HFMD ini mudah berjangkit? Yes, HFMD sangat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak…