-
4 Petua Hilangkan Sakit Tekak Kanak-kanak
Sakit tekak merupakan gejala yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa dan ia disebabkan oleh bakteria atau virus. Kanak-kanak boleh dijangkiti sakit tekak bersama dengan batuk dan ia mudah berjangkit kepada orang lain. Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut dan kira-kira 15%-30% kes adalah di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan. Berikut adalah beberapa petua yang boleh mommies amalkan jika si kecil mendapat sakit tekak. 1. Bawang putih Bawang putih boleh membantu melegakan sakit tekak dikalangan kanak-kanak, terutamanya jika sakit tekak itu disebabkan oleh jangkitan virus. Ini kerana bawang putih…