-
5 Pantang Ketika Hamil Yang Harus Mami Patuh
Bila kita disahkan hamil, sudah pasti kita harus mengelakkan sesuatu yang mungkin membahayakan kesihatan dan bayi dalam kandungan. Berikut adalah 5 perkara yang harus dielakkan bagi ibu hamil: #1 Makanan mentah Makanan mentah seperti sushi, daging setengah masak atau adunan kuih yang masih mentah mengandungi bakteria, virus dan parasit. Makanan tersebut perlu dielakkan terutamanya pada awal usia kandungan kerana boleh menyebabkan keguguran. #2 Ikan ada merkuri Ikan seperti makerel dan todak dikhuatiri mengandungi merkuri dan harus dielakkan. Ini kerana kandungan merkuri boleh menggangu perkembangan otak dan sistem saraf janin. #3 Minuman beralkohol Ibu hamil yang mengambil alkohol mempunyai risiko melahirkan bayi dengan masalah kesihatan. Alkohol ini bukan sahaja menghalang pengambilan…