-
Perubahan Fizikal dan Emosi Ibu Dalam Beberapa Minggu Pertama Selepas Bersalin
Selepas bayi dilahirkan, mommies akan perasan beberapa perubahan dari segi fizikal dan emosional berlaku kepada diri. Mommies mungkin merasa penat, tidak selesa, emosi tidak menentu dan merasa risau dengan keadaan fizikal. Well, melahirkan bayi adalah satu pencapaian yang amazing! Akhirnya si kecil selamat dilahirkan. Syukur kepada Tuhan. Perubahan Dari Segi Fizikal Di Dalam Beberapa Minggu Pertama: 1. Sakit Payu Dara Payu dara anda mungkin akan membengkak dan sakit untuk beberapa hari kerana susu mula mengalir begitu juga dengan puting payu dara. Tetapi, pembengkakan payu dara akan lega apabila corak penyusuan anda lebih mantap. 2. Sembelit Pergerakan usus postpartum buat kali pertama iaitu terasa membuang air besar selepas bersalin mungkin akan…