-
Cara Makan Alfalfa Complex Yang Berkesan Untuk Atasi Masalah Keputihan
Salah satu masalah wanita yang sering dihadapi adalah masalah keputihan berbau tetapi hal ini sering dirahsiakan kerana menceritakan masalah alat kelamin kepada orang lain dianggap memalukan. Kesannya, ramai wanita yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak ingin masalahnya diketahui oleh orang lain. Penjagaan alat sulit adalah penting untuk mengelak sebarang jangkitan kuman atau apa-apa masalah berkaitan seperti masalah keputihan, penyakit berkaitan seksual. Apa itu Keputihan? Keputihan adalah cairan lendir yang keluar dari faraj dan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza di antara wanita dengan wanita yang lain. Terdapat dua jenis keputihan : normal dan abnormal. Keputihan normal adalah cairan yang keluar dari faraj berwarna jernih atau krim, tiada bau, tidak gatal…