-
Atasi Hidung Berdarah Ketika Hamil
Perubahan hormon ketika hamil boleh membuatkan anda terasa sedikit janggal. Mungkin juga anda merasa keliru, risau bila secara tiba-tiba mengalami hidung berdarah. Bila mommies tidak pernah mengalami pengalaman ini, of course boleh menyebabkan kita merasa panik dan tertanya-tanya adakah simpton hidung berdarah semasa mengandung berbahaya. Faktor-faktor hidung berdarah: Hormon kehamilan progesteron dan estrogen menyebabkan pembuluh darah terbuka semakin luas atau membesar. Pada masa yang sama, bekalan darah dalam badan yang bertambah memberi tekanan kepada urat halus pada hidung. Terdedah ataupun mengalami sebarang alergi. Membran mukus di dalam hidung lebih cenderung kering dan ia akan menyebabkan pembuluh darah lebih mudah pecah. Jika semasa hamil anda mengalami selesema dan jangkitan, ia boleh…