-
Rawat Kesuburan Suami dan Isteri Cara Tradisional
Menjadi ibu bapa adalah impian setiap pasangan suami isteri selepas berkahwin. Namun, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya. Sekiranya pasangan masih belum dikurniakan anak, jangan putus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat. Selain kaedah moden, anda dan pasangan boleh mencuba kaedah tradisional untuk meningkatkan kesuburan. Rawatan tradisional untuk meningkatkan kesuburan: 1. Urutan Urutan sangat penting untuk melancarkan perjalanan darah dan juga meningkatan penghasilan hormon bagi perempuan dan lelaki. Untuk permulaan, sebaik-baiknya anda dan pasangan mengurut secara kerap dan konsisten dalam usaha mendapatkan zuriat. 2. Bertangas Bertangas bukan sahaja baik untuk wanita berpantang tetapi juga disarankan bagi wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Antara kebaikan bertangas untuk wanita…