-
7 Tips Kawal Nafsu Makan Untuk Kurus
Salah satu cabaran dalam proses menurunkan berat badan aka kurus adalah mengawal nafsu makan. Siapa yang pernah menghadapi situasi seperti ini – baru saja sarapan tapi sejam kemudian lapar lagi? Sudah lunch pun, jam 4 petang rasa mahu makan, makan dan makan. Ini semua nafsu makan yang perlu dikawal dengan segera. Yes, nafsu makan boleh dikawal dengan pelbagai cara (walaupun sukar) tetapi boleh dilakukan. Nafsu makan atau dipanggil “craving” adalah disebabkan oleh kekurangkan vitamin atau nutrient tertentu. Jika anda rasa mahu makan coklat, badan kita memberi signal kurang magnesium. Boleh rujuk gambar ya.