-
Tips Penjagaan Gigi Untuk Anak Agar Gigi Sihat dan Cantik
Penjagaan gigi si kecil haruslah bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Penjagaan kesihatan pergigian bayi dan kanak-kanak memerlukan pemerhatian dan penjagaan awal yang teliti serta berkesan. Dengan itu, ia memerlukan ilmu pengetahuan, kesedaran dan keprihatinan daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menjaga gigi mereka supaya sentiasa sihat dan cantik sehingga dewasa. Gigi susu pertama mula tumbuh pada usia bayi 6 hingga 8 bulan dan set gigi susu akan tumbuh dengan lengkap ketika umur kanak-kanak mencecah 3 tahun. Gigi susu bawah depan akan tumbuh dahulu diikuti gigi susu depan atas. Bila semua gigi susu tumbuh, 10 batang gigi akan berada di bahagian rahang…